>

Tuesday, March 1, 2011

PROGRAM FRAYER /SK ANGKAT (FASA2) KEPIMPINAN DAN AKADEMIK

Program Frayer/Sekolah Angkat Fasa 2 (Akademik dan Kepimpinan) di antara SK Batang Melaka dan SISME telah diadakan pada 21 Januari 2011. Seramai 92 orang pelajar tahun 4, 5 dan 6 telah datang ke SISME dalam program ini. Program telah dimulakan dengan sesi motivasi yang disampaikan oleh Puan Ruhani Ismail, Kaunselor Cemerlang SISME. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada En Karim Bin Bayok, Pengetua Cemerlang SISME. Dalam ucapan tersebut,beliau berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang supaya kerjasama yang terjalin ini akan dapat membantu kedua-dua sekolah lebih cemerlang dari akademik dan kepimpinan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada En Zakaria Bin Omar, Guru Besar SKBM. Kemuncak program ini adalah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pengawas SISME dan SKBM. Seterusnya Penyerahan Adik Angkat kepada Kakak/Abang Angkat untuk Program Pemantapan Akademik dilakukan. Melalui program ini, pihak SBPIS akan membantu SKBM untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran kepimpinan pengawas.

No comments:

Post a Comment