>

Tuesday, March 1, 2011

PROGRAM FRAYER /SK ANGKAT (FASA2) KEPIMPINAN DAN AKADEMIK

Program Frayer/Sekolah Angkat Fasa 2 (Akademik dan Kepimpinan) di antara SK Batang Melaka dan SISME telah diadakan pada 21 Januari 2011. Seramai 92 orang pelajar tahun 4, 5 dan 6 telah datang ke SISME dalam program ini. Program telah dimulakan dengan sesi motivasi yang disampaikan oleh Puan Ruhani Ismail, Kaunselor Cemerlang SISME. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada En Karim Bin Bayok, Pengetua Cemerlang SISME. Dalam ucapan tersebut,beliau berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang supaya kerjasama yang terjalin ini akan dapat membantu kedua-dua sekolah lebih cemerlang dari akademik dan kepimpinan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada En Zakaria Bin Omar, Guru Besar SKBM. Kemuncak program ini adalah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pengawas SISME dan SKBM. Seterusnya Penyerahan Adik Angkat kepada Kakak/Abang Angkat untuk Program Pemantapan Akademik dilakukan. Melalui program ini, pihak SBPIS akan membantu SKBM untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran kepimpinan pengawas.

KARNIVAL JOM MASUK U 2011

MITC, 23 Jan-Karnival Jom Masuk 2011 telah diadakan di Melaka. SISME juga tidak ketinggalan untuk menyertai lawatan ke tapak pameran ini. Seramai 80 orang tingkatan lima telah dipilih dan seawal 9:00 pagi, para pelajar telah tiba di tapak pameran di MITC dengan menaiki dua buah bas yang telah disediakan. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan peluang melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS yang ditawarkan dan kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memasuki program yang pelajar minati.

PERJUMPAAN TINGKATAN EMPAT BARU DENGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA

21 Feb-Atas inisiatif Unit Bimbingan dan Kaunseling SISME satu perjumpaan telah diadakan antara pelajar tingkatan empat dengan pelajar tingkatan lima ambilan baru semasa tingkatan empat tahun 2010 di Bilik Mesyuarat pada pukul 3:00 petang. Pelajar tingkatan lima telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di tingkatan empat terutamnya dari segi penyesuaian diri di asrama, sekolah dan juga penerimaan rakan sebaya. Dengan adanya sesi perluahan pengalaman ini secara tidak langsung dapat membantu para pelajar baru tingkatan empat ini menjadikan pengalaman senior-senior mereka ini sebagai cara untuk mengatasi masalah yang sedang mereka hadapi terutamanya dari segi penyesuaian diri. Diharapkan perjumpaan ini dapat mendatangkan kesan positif kepada para pelajar baru ini dan mengambil pengalaman senior-senior mereka sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang.

BUDDIES SYSTEM SK BATANG MELAKA MINGGU KE DUA

21 Feb-Program Buddies System SK Batang Melaka telah diadakan bertempat di Dataran Merdeka SISME pada pukul 3:00 petang. Pada minggu ini mereka telah dibimbing oleh kakak/abang angkat mereka subjek Bahasa Inggeris. Pada minggu hadapan pula mereka akan mengulangkaji subjek Sains. Dengan adanya bantuan daripada kakak dan abang angkat mereka diharapkan para pelajar ini akan mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

PAMERAN MAJLIS HARI KESEDARAN BENCANA 2011 DAN PELANCARAN KEMPEN “ONE MILION SAFE SCHOOLS AND HOSPITALS”

19 Feb-Seramai 43 orang pelajar tingkatan empat ambilan pertama telah berpeluang melawat ke tapak pameran Majlis Hari Kesedaran Bencana 2011 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pameran ini adalah anjuran Majlis Keselamtan Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama United Nations International Strategy For disaster Reduction (UNISDR). Para pelajar ini telah berpeluang melihat 36 booth pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Dengan adanya peluang melihat ke pameran ini akan dapat membangkitkan kesedaran persediaan menghadapi bencana alam dan kecintaan kepada alam sekitar. Secara tidak langsung juga memberikan persepsi kepada para pelajar baru ini bahawa bersekolah di asrama penuh banyak kelebihannya dengan adanya pelbagai pendedahan di peringkat sekolah mahu pun antarabangsa. Terima kasih diucapkan kepada para pelajar baru tingkatan empat ini kerana telah memberikan kerjsama yang baik sepanjang pameran ini diadakan.

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU AMBILAN KE-2

16 Feb-Pendaftaran pelajar tingkatan satu bagi pengambilan ke-2 SISME telah diadakan di Balai Merdeka pada pukul 8:00 pagi. Jumlah yang telah mendaftar pada hari ini adalah seramai 14 orang lapan orang iaitu lapan lelaki dan enam perempuan. Pelajar dari negeri melaka seramai lapan orang, negeri sembilan tiga orang, Selangor seorang , Kuala Lumpur seorang dan Sarawak seorang. Ibu bapa dan para pelajar telah diberikan taklimat daripada barisan pentadbir bertempat di Bilik Mesyuarat SISME. Urusan pendaftaran berakhir pada pukul 11:00 pagi. Warga SISME mengucapkan selamat datang kepada para pelajar tingkatan satu ini…..



Para pelajar tingkatan satu ini juga turut dibantu oleh abang angkat mereka

Taklimat daripada Tn Hj Sharif Bin Ebok, GPK Akdemik SISME

Para pelajar mendaftar di Balai Merdeka dengan ditemani oleh ibu bapa masing-masing

BUDDIES SYSTEM SK BATANG MELAKA MINGGU PERTAMA

14 Feb-Program Buddies System SK Batang Melaka telah diadakan bertempat di Bilik Kuliah SISME pada pukul 3:00 petang. Pogram ini adalah salah satu daripada aktiviti sekolah angkat antara SISME dan SKBM. Seramai 23 orang pelajar darjah enam telah dipilih sebagai calon UPSR yang berpotensi mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini. Mereka ini akan dibimbing oleh akak dan abang angkat mereka yang terdiri daripada PRS tingkatan empat SISME. Pada minggu ini mereka telah dibimbing oleh kakak/abang angkat mereka subjek Bahasa Melayu. Pada minggu hadapan pula mereka akan mengulangkaji subjek Bahasa Inggeris. Dengan adanya bantuan daripada kakak dan abang angkat mereka diharapkan para pelajar ini akan mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

PERJUMPAAN MENTOR DORM BIL 1/11

Pada 17 JAN 2011, telah diadakan Perjumpaan Mentor Dorm Bil 1/11 di Villa Puteri dan Putera SISME pada 7:15 pagi. Mentor akan berjumpa dengan mentee mereka di dorm masing-masing. Tujuan utama Mentor Dorm ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara pelajar dan guru dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik, disiplin dan sahsiah para pelajar. Perjumpaan ini tamat pada pukul 7:55 pagi. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru SISME kerana memberikan komitmen yang baik semasa pertemuan ini diadakan.

PERBINCANGAN PROGRAM FRAYER FASA II SKBM & SISME

SKBM, 11 Januari-Perbincangan Frayer Fasa II (Akademik & Kepimpinan) SKBM dan SISME telah diadakan bertempat di SKBM. Perbincangan ini telah disertai oleh wakil dari SISME iaitu Pn Ruhani Binti Ismail dan Cik Noorhudah Binti Duasa, kaunselor dan Cik Arnizam Bt Ariffin, guru pengawas. Perbincangan ini akhirnya mencapai persetujuan untuk meneruskan lagi program ini dari segi perkongsian kepimpinan. Manakala dari segi akademik, “Buddy System” diteruskan lagi seperti tahun-tahun sebelumnya yang akan dilaksanakan pada setiap hari Isnin untuk pelajar darjah enam. Para pelajar ini akan dibimbing oleh PRS tingkatan empat SISME.

Perbincangan ini turut disertai oleh En Zakaria bin Omar, Guru Besar SKBM

PROGRAM SILATURAHIM PELAJAR TINGKATAN SATU

Selandar, 5 Jan-Para pelajar tingkatan satu telah menjalani Program Silaturahim selama 2 minggu iaitu pada 5hb-20hb Januari. Pelbagai program telah dijalankan yang telah dibimbing oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) antaranya Ice Breaking, aktiviti dalam kumpulan, taklimat daripada pentadbir, taklimat bahasa asing, taklimat pusat sumber, lawatan sekitar Batang Melaka, Jasin dan Bandar Melaka. Kemuncak daripada program ini adalah Pertandingan Bakat Muda. Ternyata program-program yang telah dijalankan berjaya membina jati diri para pelajar baru ini menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama dan suasana belajar di sekolah berasrama penuh.

fasilitator berkongsi pengalaman

fasilitator membimbing pelajar-pelajar menyanyikan lagu sekolah dan Negeri Melaka

lawatan sekitar bandar Melaka

Taklimat daripada Ayahanda En Karim Bin Bayok