>

Saturday, February 26, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2011

Selandar, 5 Jan-Seramai 73 orang pelajar tingkatan satu ambilan pertama telah mendaftar di SBP Integrasi Selandar. Yang menarik pada pengambilan pada tahun ini adalah para pelajarnya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan negeri iaitu seramai 41 orang dari Melaka, 17 orang dari Johor, 6 orang dari Kelantan, 3 orang dari Negeri Sembilan 2 orang dari Pahang dan untuk pertama kalinya SBP Integrasi Selandar menerima 2 orang pelajar dari Sarawak. Pada awal pagi lagi para pelajar bersama ahli keluarga mereka telah datang untuk mendaftar dan urusan bersama keluarga berakhir pada pukul 6:00 petang.